Saturday 8 December 2012

Saat Ia Menghilang, Janganlah Berputus Asa…

Posted by Unknown at 19:05
Dia pergi.. menghilang tanpa jejak..
Ketiadaannya amat dirasai..
Terasa sukar untuk menempuh kehidupan sehari-hari..
Dugaan demi dugaan..
Cabaran demi cabaran..
Ah.. terasa sukarnya hidup ini tanpa dia..
Segala yang dilakukan serba tidak kena..
Kerja-kerja yang dilaksanakan serba tidak menjadi..
Akhirnya kecewa datang bertandang hingga hampir menggamit rasa putus asa..
Cuba untuk mendekati dan mendapatkan dia kembali..
Tapi gagal!
Apa yang tak kena dengan diri ini?
Seolah-olah hati ini tak mahu mendengar segala yang berkaitan dengan dia..
Sebenarnya bukan tak mahu tapi tak mampu untuk mencerap dan menghadirkan rasa nikmat serta lazat mendengar segala yang berkaitan dengan dia..
Ahh.. apa sudah terjadi?
Adakah hati ini sudah tenggelam lemas dalam kepekatan dosa-dosa dan maksiat yang hitam?
Sehingga menghalang walaupun sekadar biasan cahayanya untuk menembusi lubuk hati yang terdalam?
Apa yang dibaca tidak dapat difahami..
Apa yang didengar seolah-olah masuk telinga kanan keluar telinga kiri..
Uhhh.. sangat menderita..
Tahu, tiada jalan lain untuk lepas bebas dari krisis ini selain kembali kepada fitrah-Nya..
Tapi kenapa hati ini menolak? Kenapa jiwa ini seolah-olah tidak mahu menerima kehadirannya?
Perjalanan kehidupan sehari-hari seolah-olah tidak bermakna..
Umpama mayat hidup..
Terasa tidak punyai tujuan.. ahh.. ke mana harus ku pergi? Ke mana harus ku tuju?
Buntu.. tiada jalan keluar.. pintu tertutup..
=__________=”
#kopipes from http://www.ilmi-islam.com#
-->buat renungan bersama..:)

0 comments:

Post a Comment

assalamualaikum,,give ur comment k..love u all :D

 

sEmuAnyA ilUsi Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea

Copyright@Segala yang tercatat di blog ini tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati,tapi sesiapa yang terasa silakan..:P