Friday 28 December 2012

Tenangkan Hati dan Jiwa dengan bijak..

Posted by Unknown at 02:19 0 comments
assalamualaikumwbt kawan2..lama dh tak update blog nih hehe..apa khabar semuanya..hari nie saya nak kongsikan 10 cara menenangkan hati dan jiwa kita dari tekanan hidup..kita mestilah bijak menangani tekanan dan bkannya mengambil jalan yang pintas seperti merokok,,mnum arak n sebagainya..begitulah remaja zaman sekarang,,suka mengambil jalan yang mudah dan kurang bijak dalam mengatasi tekanan dalam kehidupan,.di sini,,saya sebagai seorang Islam ingin mengajak saudara-saudara saya memilih jalan yang bijak untuk menangani tekanan hidup,,baca di bawah nie ek..:D

1. Membaca dan mendengarkan kitab suci al-Qur'an.
Suatu ketika seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud, salah seorang sahabat utama Rasulullah s.a.w.. Ia mengeluh, “Wahai Ibnu Mas’ud, nasihatilah aku dan berilah ubat bagi jiwaku yang gelisah ini. Hari-hariku penuh dengan perasaan tak tenteram, jiwaku gelisah, dan fikiranku kusut. Makan tak lalu, tidur pun tak lena," kata orang tersebut.

Ibnu Mas’ud menjawab, ”Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat :

Pertama, tempat orang membaca al-Quran. Engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya.

Kedua, engkau pergi ke majlis ilmu yang mengingatkan hatimu kepada Allah.

Ketiga, engkau cari waktu dan tempat yang sunyi, di sana engkau berkhalwat mengabdikan diri kepada Allah.

Nasihat sahabat Nabi itu segera dilaksanakan orang tersebut. Sampai saja di rumah, segera ia berwudhu kemudian diambilnya al-Qur'an dan dibacanya dengan khusyuk. Selesai membaca, ia segera dapati hatinya memperoleh ketenteraman, dan jiwanya pun tenang. Fikirannya segar kembali, hidupnya terasa seronok kembali. Padahal, ia baru melaksanakan satu dari tiga nasihat yang disampaikan sahabat Rasulullah s.a.w tersebut.

2. Menyayangi orang miskin.

Rasulullah s.a.w memerintahkan kepada Muslim yang punya kelebihan harta untuk memberikan perhatian kepada orang miskin. Ternyata, sikap dermawan itu boleh mendatangkan ketenangan jiwa. Mengapa? Dalam sebuah hadis dijelaskan bahwa para Malaikat selalu mendoakan orang-orang dermawan:

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :“Setiap pagi hari dua Malaikat senantiasa mendampingi setiap orang. Salah satunya mengucapkan do'a: ' Ya Allah! Berikanlah balasan kepada orang yang bersedekah. Dan Malaikat yang kedua pun berdo'a :' Ya Allah! Berikanlah kepada orang yang kedekut itu kebinasaan."

Dari hadis tersebut dapat disimpulkan bahwa orang yang dermawan itu memperoleh dua balasan. Pertama, ia mendapatkan ganjaran atas apa yang diberikannya kepada orang lain. Kedua, mendapatkan limpahan ketenangan jiwa dan belas kasihan dari Allah s.w.t.

3. Melihat orang yang di bawah, jangan lihat orang di atas.

Ketenangan jiwa akan diperoleh jika kita senantiasa bersyukur atas segala pemberian Allah s.w.t, meskipun nampak sedikit. Rasa syukur itu akan muncul bila kita senantiasa melihat orang-orang yang lebih rendah taraf kehidupannya dari kita, baik dalam segi harta kekayaan, tahap kesihatan, rupa paras, pekerjaan dan pendidikannya. Betapa ramai di dunia ini orang yang kurang bernasib baik. Rasa syukur itu selain mendatangkan ketenangan jiwa, juga akan mendapat ganjaran dari Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
"Siapa yang tidak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan pemberian yang banyak. Siapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab."
(Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad)

4. Menjaga perhubungan silaturahim.

Manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang memerlukan perhubungan sesama manusia, untuk bantu membantu sesama mereka. Berbagai keperluan hidup tak mungkin diperolehi tanpa bantuan orang lain. Oleh itu, di dalam hadis Rasulullah s.a.w diperintahkan untuk tetap menjalin hubungan silaturahim, sekalipun terhadap orang yang melakukan permusuhan.

Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda bahwa silaturahmi dapat memanjangkan umur dan memurahkan rezeki . Hubungan yang baik di dalam keluarga, maupun dengan jiran tetangga akan mendatangkan ketenangan, kedamaian dan kemesraan. Hubungan yang baik itu juga akan menyelesaikan berbagai masaalah yang dihadapi oleh masyarakat.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa menjamin untukku satu perkara, aku jamin untuknya empat perkara. Hendaklah dia bersilaturahim (menjalinkan hubungan baik) nescaya keluarganya akan mencintainya, diperluas baginya rezeki, ditambah umurnya dan Allah s.w.t. memasukkan ke dalam Syurga."(Hadis Riwayat Ar-Rabii)

5. Banyak mengucapkan kalimah "la hawla wa la quwwata illa billah." dan berzikir kepada Allah. Sumber ketenangan jiwa yang hakiki adalah bersumberkan dari Allah s.w.t. Oleh itu hendaklah kita selalu menghubungkan hati dengan Allah s.w.t. dalam semua keadaan, baik dalam keadaan senang maupun susah. Banyakkanlah berzikir dan membaca kalimah-kalimah Allah. Perhubungan yang kuat dengan Allah s.w.t. akan membuat jiwa seseorang menjadi kuat, tak mudah diganggu gugat oleh sesiapa pun, apabila hati sentiasa mengingati Allah maka syaitan laknatullah tidak akan dapat mempengaruhi hati dan fikiran kita.

6. Mengatakan kebenaran walaupun ianya pahit didengar.

Hidup ini harus dijaga agar senantiasa berada di atas jalan kebenaran. Kebenaran harus diperjuangan. Pelanggaran terhadap kebenaran akan mendatangkan kegelisahan. Ketenangan jiwa akan terbina apabila kita tidak melanggar nilai-nilai kebenaran. Sebaliknya, pelanggaran terhadap kebenaran akan berpengaruh terhadap ketenangan jiwa. Lihat saja orang-orang kerap berbuat maksiat, kehidupannya dipengaruhi kegelisahan.

7. Sentiasa berlapang dada terhadap kecaman orang lain asalkan yang kita lakukan benar-benar kerana Allah.

Salah satu faktor yang membuat jiwa seseorang tidak tenang adalah kerena selalu mengambil perhatian kecaman orang lain terhadap dirinya. Sedangkan seseorang akan memiliki pendirian yang kuat jika berpegang kepada prinsip-prinsip yang datang dari Allah s.w.t. iaitu Islam sebagai cara hidup. Sekiranya kita ikuti apa yang berlaku di dunia sekarang ini, ianya akan menganggu ketenagan jiwa kita.

8. Tidak meminta-minta kepada orang lain.

"Tangan di atas (memberi) lebih mulia dari tangan di bawah" adalah hadis Rasulullah s.a.w yang memotivasi setiap mukmin untuk hidup berdikari. Tidak bergantung dan meminta-minta kepada orang lain, kerana jiwanya akan kuat dan sikapnya lebih berani dalam menghadapi kehidupan. Sebaliknya, orang yang selalu meminta-minta menggambarkan jiwa yang lemah. Hal ini tentu membuat jiwanya tidak tenang.

9. Menjauhkan diri dari berhutang.

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w dengan tegas mengatakan yang bermaksud : “Janganlah engkau jadikan dirimu ketakutan setelah merasakan keamanan!”
(Para sahabat) bertanya:" Bagaimana boleh terjadi seperti itu!"
Sabdanya :" Kerana hutang.”

Begitulah kenyataanya. Orang yang berhutang akan sentiasa bimbang dan risau, kerena ia akan didatangi oleh orang yang memberi hutang kepadanya. Inilah salah satu faktor yang membuat banyak orang mengalami tekanan jiwa. Rasulullah s.a.w juga mengatakan dalam hadisnya yang bermaksud : “Hendaklah kamu jauhi hutang, kerena hutang itu menjadi beban fikiran di malam hari dan rasa rendah diri di siang hari."

10. Selalu berfikiran positif.

Mengapa seseorang mudah stress dan jiwa tak tenang? Salah satu faktornya kerena ia selalu berfikiran negatif. Selalu mencela dan menyesali kekurangan diri. Padahal, setiap kita diberikan oleh Allah s.w.t. berbagai kelebihan. Ubahlah fikiran negatif itu menjadi positif. Ubahlah perasaan keluh kesah yang membuat muka berkerut, lemah badan dan kecewa dengan ucapan yang mengembirakan. Ucapan yang mengembirakan akan membuat kita mudah tersenyum, jiwa menjadi lebih bersemangat. Bukankah di balik kesulitan dan kegagalan ada hikmah yang boleh jadi pelajaran? Dan bukankah disebalik kesulitan ada kemudahan? Fikir-fikirkan dan selamat beramal.. :)
#copy paste daripada http://zakirasli.blogspot.com
semoga apa yang kita lakukan di dunia mendapat keberkatan Allah swt..inshaAllah..:)



Friday 14 December 2012

Solat Sunat Taubat

Posted by Unknown at 04:03 0 comments
assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh n salam sejahtera kawan2 yg tercinta..apa kabar sumanya??lama dh x update blog nie hehe..saya nk kongsi kisah sy hari nie..ptg tdi sy dpt mimpi..x tau la nk kata mimpi buruk or mimpi baik..tu la padahnya kalau tdo ptg haha..asar pun sampai terbabas sudah..mimpi sy mnyedarkan saya betapa kerdilnya kita di dunia ini..n betapa byknya dosa yg telah saya lakukan di dunia ini..hmm..:'(ya Allah..aku memohon kepadamu..ampunilah dosaku ya Allah,,dosa kedua2 ibu bapaku,,adik beradikku,,saudara2 ku,n dosa sluruh umat Islam di dunia ini baik yang masih hidup atau yg telah meninggal dunia..smoga roh mereka tgolong dalam kalangan mereka yang engkau redai ya Allah..:')
kawan2..sdarkah kita yg masa kita berada di dunia ini begitu singkat..kita x tau bila dunia kita akan berakhir..kita hidup di dunia hanya sementara..di akhirat selama2nya..so,,marilah kita buat amal byk2 utk bekalan di akhirat nanti..sy nk kongsi ngan kwn2 cmne cara kita nak memohon ampun kt Allah..sebelum terlambat,,marilah kita sama2 buat solat sunat taubat,bukannya susah pun kwn2..inshaAllah..lpas buat solat sunat taubat nie,,jiwa kita rasa tenang sangat2...:")

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Solat Sunat Taubat dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum agama atau berasa dirinya bersalah dan berdosa kepada Allah SWT. kemudian menyesali atas perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan Allah (bertaubat).
Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:
“Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.”  (HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)
.
Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila masa yang dikehendaki, tetapi lebih afdal pada waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan tenang.

Fadhilat Taubat:

.
1. Diampunkan Allah SWT.
2. Dimudahkan segala urusan.
3. Menceriakan kehidupan seharian.
4. Menghilangkan perasaan yang menekan.
5. Mencegah dosa dan menghindari gangguan.
.
.

CARA SOLAT TAUBAT

.

1.  Niat Solat Sunat Taubat:

.

2.  Bacaan surah selepas Al-Fatihah:

.
Rakaat pertama:   Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua:   Surah Al-Ikhlas
.
.

3.  Semasa  sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali:

“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn.”
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).
.
.

4.  Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar :

.
a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali;
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-dziy laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih.”
Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.
.
b.  Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali;
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-zii laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih. Tau-ba-ta ‘Ab-di zhoo-li-mi laa yam-li-ku li-naf-si-hi dhor-raa, wa-laa naf-‘an wa-laa mau-tan wa-laa ha-yaa-tan wa-laa nu-syuu-raa.”
Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.
 c.  Kemudian bacalah Penghulu Istighfar sebanyak 3 Kali :
“AL-Laa-Hum-ma an-ta rab-bi  Laa i-la-ha il-laa an-ta kho-laq-ta-ni wa-a-naa ‘ab-du-ka wa-a-naa ‘a-laa ‘ah-di-ka wa-wa’-di-ka mas-ta-th0′-tu, a-‘uu-dzu-bi-ka min syar-ri-maa sha-na’-tu, a-buu u-la-ka bi-ni’-ma-ti-ka ‘a-lay-ya wa-a-bu-u bi-dzan-bi fagh-fir-lii, fa-in-na-hu laa yagh-fi-rudz dzu-nuu-ba il-laa an-ta.”
Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; Daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.

5.  Baca Doa Taubat

.
Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!
Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).
Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.
Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.
Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku. 
Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!
.
.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

#kopi <3 pes from http://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-taubat/#

Saturday 8 December 2012

Saat Ia Menghilang, Janganlah Berputus Asa…

Posted by Unknown at 19:05 0 comments
Dia pergi.. menghilang tanpa jejak..
Ketiadaannya amat dirasai..
Terasa sukar untuk menempuh kehidupan sehari-hari..
Dugaan demi dugaan..
Cabaran demi cabaran..
Ah.. terasa sukarnya hidup ini tanpa dia..
Segala yang dilakukan serba tidak kena..
Kerja-kerja yang dilaksanakan serba tidak menjadi..
Akhirnya kecewa datang bertandang hingga hampir menggamit rasa putus asa..
Cuba untuk mendekati dan mendapatkan dia kembali..
Tapi gagal!
Apa yang tak kena dengan diri ini?
Seolah-olah hati ini tak mahu mendengar segala yang berkaitan dengan dia..
Sebenarnya bukan tak mahu tapi tak mampu untuk mencerap dan menghadirkan rasa nikmat serta lazat mendengar segala yang berkaitan dengan dia..
Ahh.. apa sudah terjadi?
Adakah hati ini sudah tenggelam lemas dalam kepekatan dosa-dosa dan maksiat yang hitam?
Sehingga menghalang walaupun sekadar biasan cahayanya untuk menembusi lubuk hati yang terdalam?
Apa yang dibaca tidak dapat difahami..
Apa yang didengar seolah-olah masuk telinga kanan keluar telinga kiri..
Uhhh.. sangat menderita..
Tahu, tiada jalan lain untuk lepas bebas dari krisis ini selain kembali kepada fitrah-Nya..
Tapi kenapa hati ini menolak? Kenapa jiwa ini seolah-olah tidak mahu menerima kehadirannya?
Perjalanan kehidupan sehari-hari seolah-olah tidak bermakna..
Umpama mayat hidup..
Terasa tidak punyai tujuan.. ahh.. ke mana harus ku pergi? Ke mana harus ku tuju?
Buntu.. tiada jalan keluar.. pintu tertutup..
=__________=”
#kopipes from http://www.ilmi-islam.com#
-->buat renungan bersama..:)

Monday 3 December 2012

doaku padamu ya Allah...:')

Posted by Unknown at 07:34 0 comments
Ya RABBI, jika cintaku kau ciptakan untuk dia..
Tabahkan hatinya,
Teguhkan imannya,
Sucikan cintanya,
Lembutkan rindunya.

Ya RABBI, jika hatiku kau ciptakan untuk dia..
Penuhi hatinya dengan kasih-Mu,
Terangi langkahnya dengan nur-Mu,
Bisikan kedamaian dalam kegelapan,
Temani dia dalam sunyi sebuah penantian.

Ya RABBI, ku titipkan cintaku pada Mu untuknya..
Sampaikan rinduku pada rindunya,
Bimbinglah cintaku dan cintanya,
Satukan hidupku dan hidupnya dalam cinta Mu,
Kami ingin syurga Mu dengan kasih sayang.

cinta sang pencinta
doa kmk..moga ktk sntiasa berbahagia mjalani hari2 yg mdatang..kmk sntiasa mdoakan ksejahteraan kwn kmk yg tsayang..:)jaga drik,,rndu kt kwn n adik mek yg sorang tok memang xpat d ungkap dgn kata2..assalamualaikumwbt..:)


aku bangga mjd rakyat MALAYSIA..:D

Posted by Unknown at 07:22 0 comments
assalamualaikum sumanya...hehe...pucuk dicita ulam mendatang, bagai mengantuk dsorongkan haha..:D
nampaknya,,hari ni aku bpeluang utk mngemaskini blog aku yg sdah bdebu2 tok haha...
hmm...apa mok d update oo...
dlm khidupan aku shari2 tok tek..alhamdulillah...bjalan dgn lancar spt hari2 sebelumnya,,
meskipun tanpa semangat yg jitu dalam dada..wpun rasanya bleh d ibaratkan spt ibu khilangan anak,,or bahasa mudahnya macam org mati laki kata urg tua haha,,.hidup harus dteruskan,,agi idup agi ngelaban yo haha..
pertama skali,,mok dhamburkan rasa happy n bangga mjadi rakyat yg bwarganegarakan Malaysia...:D
im very proud to be a Malaysian yeah...!XD
wpun pada mulanya Harimau Malaya telah dtumpaskan dgn mudah oleh Sang Singa,,namun ia tidak mgoyahkan semangat sang Harimau utk trus mara mpertahankan kejuaraan..
pantang brundur b4 ajal..alang2 mnyeluk perkasam,biar sampai ke ketiak....ehh???
berkat doa n sokongan rakyat Malaysia,,harimau Malaya berjaya membaham Laos 4-1..wah bestnya....
n,,,kekuatan,,kkebalan n kegarangan Harimau Malaya semakin dbuktikan dgn kmenangan menumpas sang Garuda 2-0...para penyokong sang Harimau amat berbangga n teruja dgn kmenangan tersebut...[dh rasa mcm pengulas bola sepak dh tok.....]
hahaha...yup,,penyokong yg berada d rumah pun teruja...bgegar palak lutut aku mnyaksikan Malaysia lawan Indonesia tempoh hari haha..bila pemain Malaysia cuba mrembat bola dalam gawang gol pihak lawan,,kaki aku skali yang terangkat2 mok sepak bola haha...:D
aku doakan,,Harimau Malaya akan berjaya menumpaskan Gajah gk lepas tok..apa susah gajah..skali tumbang susah mok angkat haha...:D
tapi gajah bukan sbarang gajah..mun hajah mganas,,hbis harimau dtimpaknya haha,,,
adohai..merapu jk aku tok..
hope u ll be the winner Harimau Malaya...all the best,,do the best n be the best..ayat tok la calu kuar time exam mjelang tiba haha,,,:D


Sunday 4 November 2012

mAtAhAriKu..:D

Posted by Unknown at 02:58 0 comments
assalamualaikum....lamak dh x update blog laaa....heheh...rehat sebentar blogging2...skit pggang buat exercise math dr pagi tdi..esok exam math...XD
nk kongsi one story...sye ada adik baru,,nama die Nur Dayana Rayyani...dlahirkan pada 20.10.2012...cntik kn tarikh tu...rindu ka adik baru nie...yaya...amoi..maw..ntahla,,mok panggil apa ek??:D









arrrrghhhh!!!rindu glak2 kt Nur Dayana Rayyani....:((((
hmmm...besides rindu ngan dayana...rindu jwak kt seseorang....:P...
hek3..rindu kt capa hoo???
mek rindu ktk tauk x.....hmmm.....
bena,,setiap masa terkenang2...mek harap ktk tauk...:D
smpe ctok jk dlok lah heheh...mok sambong study math gk...next time blogging2 gk lah...assalamualaikum sumanya...take care...anna uhibbuka fillah...:D

Friday 12 October 2012

Ayat-ayat Cinta

Posted by Unknown at 22:23 2 comments
assalamualaikum semuanya..haha,,alhamdulillah kita masih dberi peluang untuk melihat keindahan di muka Bumi tok hehe...:D...how ur weekend...weekend sy nie boring sgt2..nak study pun xda mood lgi nie haha..
ya Allah,,,isma!!wake up2..study x boleh ekot mood tauk...mun dh ekot mood smpe bila2 pun alu x study.
alahai...lak maksa drik tok study haha...
 
haha,,rjin biak ya study,,aku jk malas huhu...
xda semangat eh..hmmm...mun xda org bagi semangat xda semangat lah aku...i need ur support...<3
mok jiwang lok jap hehe...ya Allah...teringat kt seseorang..rindu glak2...hmm..:'(
badanku terasa x bdaya bila memikirkannya....kenak ya Allah...kdg kala air mata pun mudah mok mengalir..
ya Allah,,mungkin sengaja Engkau terbitkan rasa ya pada aku..agar aku lebih mengingati diriMu..:'(
alhamdulillah di atas suma ya...

Lirik Ayat-ayat Cinta – Rossa

Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisahku di antara cinta yang rumit

Bila keyakinan ku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Chorus
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Bila keyakinan ku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan.....


hmmm...best kan lagu tok haha..lagu n cerita tok pernah mbuatkan aku mengalirkan air mta haha..:D


pa gk mok padah tok hoo..hmm..awk2...miss u...:)..hope awk jer kt sana...sy clalu mendoakan ksihatan awk n family awk,,mcm sy doakan utk fmily sy jgak..gud luck utk exam nanti hehe,,do ur best k,.u can do it...
im sure u can do it....:D


just for my husband...capa2 yg akan mjd husband sy nanti,,kata2 tu utk awk hehe...tiada org lain selain awk my husband hehe...k lah,,smpai cnie jer lah...x tau pa lagi nk ckp nie...im really speechless this moment haha...x tau plak knapa ye hehe...assalamualaikum...sayang awk..<3...uhibbuka fillah...:)









Sunday 7 October 2012

Monday..

Posted by Unknown at 23:16 2 comments
Hari: Isnin
Tarikh: 8 Oktober 2012
Assalamualaikum kawan2..haha..tujuan utama sy mencoret nie adalah utk mengupdate blog haha..
hmm...tgh hari plak update blog ari nie,,x prnah2 aku buat sblum nieh heheh....hari nie hari apa ek???today is Monday...waa....mmandangkan pagi tdi xda kuliah...so i dont feel like doing anything today.....


haha..cian kat garfield tu....hmm...mcm2 happened last weekend...
yg pasti n nyata,,aku ada ikut Play & Stay  Coaching Course and LTAM Tennis 10S tournament kt Kuching 3 ari tu,,last friday, saturday, and Sunday......
memang enjoy sgt2 wpun penat haha...memang banyak pengalaman n ilmu yg telah aku pelajari sepjg mengikuti kursus tersebut..n semasa ikut kursus tu,,
,ada satu lagi realiti yg aku harus hadapi haha..aku telah dihadiahkan sebiji bola tenis daripada Sir Taisko Sinkkonen,
Development Officer Lawn Tennis Association of Malaysia....beliau asal dari Finland hehe...nak tgok x bola tenis yg beliau bagi tu hehe...


nie dia bola tenis tu hahaha..alhamdulillah,,aku berjaya memilikinya..pestime aku tgok bolatenis jenis nie hehek...slalunya yg warna hijau tu jer....thank u sir..^^
exam pun around the corner dh karang nih....hmm...harap2 dpt buat yg tbaek lah sem traher pp nieh hehe..
taon depan dh masok ijazah dh..huuuhuu...byk kenangan time pp nie.....takkan ku lupa suma kenangan yg telah tcipta....


later later........tak bleh tangguhkan study kan haha...insyaAllah,,,tonight i will start it k hehe...


aku akan buat yg tbaek....:D....x nak hampakan harapan mak bapak yg telah bersusah payah mengasuh n mendidik aku sampai aku masok cnie...:)
n kepada awak jugak my dear,,,buat yg tbaek jgak k...study smart,,i know u can do it...u can make the best hehehe....:D
nnti time nak exam kita baca nie sama2 ek..:D


masa depan awk masa depan sye jgak hahaha...:P
ptg nie ada gerko plak alahaii....tp x pe,,bola tampar punya hal,,i like hehehe....


sampai cnie jer dulu coretan saya hehe..lain kali klau rjin saya update lagi k..n to my frens yg nk p kem kt sempadi tu,,,smpaikan salam saya kt mereka yg dari IPGKS Miri k haha..:P
miss u my dear..take care....jgn nakal2,,n mulakan stiap apa yg dilakukan dgn Bismillah..


.insyaAllah,,,sumanya akan diberkati Allah k awk....Assalamualaikum.....:)



sumanya grfield hahaha...bye.....


Friday 28 September 2012

aWal pAgi iNi....

Posted by Unknown at 12:25 0 comments
assalamualaikum guys..lama dh x update blog nie..first of all,,thanks to Allah for giving me good health n time,,to update my blog hehe..alhamdulillah...


n,,also alhamdulillah coz suma aseiment aku dh beres haha...ahernya inilah saat2 yang ku nantikan selama ini..
wpun begitu,,banyak lagi benda lain nk d uruskan mggu dpan nie...mggu kajian sosial..saya ekot ptandingan 'ketupat untuk mertua' hahaha....mgerunkan jer bunyinya hahak...:D....nak tgok sjaoh mna aku nie buat ktupat dgn cepat hehe....insyaAllah...:D


mcm ari raya jer...hhaha,,dh tu lapar plak rasanya tgok ketupat nie masyaAllah...:)
bkan tu jer,,saya nie pon joen boria,,kmi sekelas ekot hehe....ntah mcm mna lah jadinya nnti..
mudahan sumanya nanti akan d permudahkan..aminn....
bkan tu jer,,unexpectedly aku dlantik oleh lecturer psv utk jadi ketua handle pameran psv...??
tidak!!!! ya Allah.....mmpu ker tak aku nie jadi pemimpin huhuhu....mampukah aku...???


aku akan cuba lah buat yang tbaik nanti...insyaAllah,,i need u all...i need supports from all of u..
dh hbis aseimen nie pun mseh lagi bzy..hmmm....nie la lumrah khidupan seorg pelajar...:))
dlm bzy2..tkenang ngan fmily kt rumah...mak,,,rindu glak2 kt ktk....mok kol pon xpat.....
sory mak,,kekangan sesuatu yg xpat d elakkan..insyaAllah mggu dpan dpt lah kol mak...hope mak sihat jk...:')...kmk kt ctok sihat jk wpun kurang makan haha.....:'D......


n minggu ulangkaji lak mok blit hehe...:D
mok study kt umah jk,,n spend time with fmily....hmmmm..xsabar rasanya.....rasa sebak makin menebal dlm drik dgn merindui emak,,dtambah lagi dengan merindui seseorg.....ya Allah...rsa syg,kasih n rindu yg 
smakin tebal terhadap dirinya x dpt ku pertikaikan....
betapa aku merindui nya every beat of my heart...btol ka ayat aku nie hahaha,,,,walaupun diri awk tidaklah sesempurna Faizal Tahir,,but u make my life perfect...rasanya i cant life without u,,n Allah....only Allah know what i feel...saya reda...n pasrah dgn ktentuan Allah...dengan nama Allah,,,saya memang rindu sgt2 kt awk...:')

hati awk mcm sdah sebati dlm hati saya...:D...pasnie,,sy dh nk tdo dh....sbb esok nk pegi Pusat Islam ada nisa' day...so,,sy nk awk baca doa tdo k..biar saya tdo dlm keimanan n sentiasa bsedia utk 
tdo buat selamanya jika Allah yg mengkehendakkannya...:)..awk,,gud nitez,,jgn tdo lewat k..take care..miss u dear..assalamualaikum....:D






Tuesday 25 September 2012

Jannah

Posted by Unknown at 05:16 0 comments
assalamualaikum...lma jge asanya x update blog nie hehe...lau ada mood jer bru update haha..x da smangat rasanya semenjak dua menjak nie..nape la ek??ptg tdi bru hbis bentang oral presentation utk aseimen english language proficiency aku haha..alhamdulillah!!!kurang satu bebanan kt bahu..


apa nk ckp ek..aduhai..pasnie nk tfsirkan hasil karya lg...buat apresiasi n kritikan seni kt hasil karya tu...
takda idea plak yg kuar nie,,otak ni mcm tbantut jer haha..:D
mcm mna la nk buat tu...hmmm....xpe,,buat jer la....buat jer kan haha
nk tulis apa lagi nie...aaa,,nk upload pic nie lah hehe...


sweet jer ayat nie.."Cinta High Class" ialah cinta yang mendaulatkan Allah nombor 1..cintamu padaku kerana Allah, Tuhanmu yang 1, cintamu bermunajah menahan nafsu...yup,,im really agree...:)
itulah cinta yang kucari slama ini...:D..hehehe


i will n want to love someone who will bring me straight to Jannah....<3....hehehe....so,,awk..plez bring me to Jannah k hehehe...mula lagi dh jiwang berkarat nie...k lah,,smpai d cnie lah dlu,,nnti2 edit blik,,ada kja nk buat nie haha..smpat jgak blogging...bye ,,salam...miss u my dear..:)
 

sEmuAnyA ilUsi Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea

Copyright@Segala yang tercatat di blog ini tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati,tapi sesiapa yang terasa silakan..:P